Jumat, 15 Mei 2009
Aku tidak mahu menjadi Racun untuknya
Senin, 03 November 2008
Hebatnya Kallam Illahi
Pada suatu hari,seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama Abdullah ibnu Masu'd.Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masu'd:"Wahai ibnu Masu'd,nasihatilah aku dgn sesuatu yg dpt meredakan kegelisahanku.Buat masa ini,jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut,tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."
Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawab:"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tmpt.
Pertama:Ke tempat org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain.
Kedua:Menghadiri majlis pengajian yg mengingatkan kamu kpd Allah.
Ketiga: Mencari satu waktu yg sunyi,contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu.
Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteram,mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrg ini bukan hatimu."
Setelah mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd,lelaki itu pun kembali ke rumahnya.Beliau terus berwudu dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk.Selesai membaca al-Quran,dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang,fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.
Hebat bukan al-Quran?..
Bercinta cara Islam
CINTA………ada apa dengan cinta….?
Persoalan yang sering bermain-main dan berlegar-legar di pikiran kita hari ini. Adakah dengan mempunyai seorang kekasih yang sentiasa bersama boleh dikatakan kita bercinta? Atau dengan mempunyai seekor kucing yang sangat kita sayangi juga boleh dikatakan kita bercinta? Atau bagaimanakah??? Marilah sama-sama kita rangkaikan persoalan-persoalan itu.
Cinta menurut kamus membawa kepada 4 maksud, maksud yang kedua adalah perasaan dan berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang ) antara lelaki dan perempuan. Menurut Abdullah Nasih Ulwan, cinta boleh dikategorikan kepada tiga yaitu cinta agung, cinta pertengahan, cinta hina. Di manakah status cinta kita?? Cinta agung adalah cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cinta kepada kita sesama makhluk. Seorang muslim yang memiliki cinta agung biasanya akan menyerahkan segala-gala yang dimilikinya hanya kerana Allah. Manakala cinta pertengahan adalah cinta kepada orang lain berdasarkan akidah. Cinta hina pula adalah mencintai perkara lain selain Allah serta menurut hawa nafsu dan tunduk kepada godaan syaitan.Cinta bukan hanya sesama manusia tetapi juga kepada makhluk lain seperti hewan, tumbuhan, alam sekitar dan yang paling utama adalah cinta kepada pencipta seluruh alam yaitu Allah S.W.T. cinta adalah anugerah Allah kepada setiap makhlukNya yang merupakan suatu fitrah yang suci dan bersih.
Skop cinta sangat luas untuk dibahaskan. Namun pada kesempatan yang sedikit ini, ingin saya membawa teman2 sekalian merenung seketika kepada masalah yang sedang melanda kepada remaja kita pada hari ini yaitu isu couple atau isu bercinta di antara lelaki dan perempuan yang belum menikah. Persoalan yang ingin dibincangkan ialah adakah Islam melarang umatnya bercinta dengan bukan muhrim sebelum menjadi pasangan suami isteri yang sah ?. Pada dasarnya Islam tidak melarang umatnya untuk mencintai dan menyayangi antara lelaki dan perempuan. Ini kerana perasaan cinta itu adalah merupakan suatu naluri yang suci. Namun setiap pasangan itu perlu menjaga batas-batas yang disyariatkan oleh Islam. Antaranya ialah tidak keluar berdua-duaan walaupun bukan ditempat yang sunyi kerana ini boleh menimbulkan fitnah dan syaitan pasti menjadi orang ketiga yang mengajak kepada perlakuan mungkar. Tidak berpegang-pegangan tangan, tidak bertelefon terlalu lama sehingga lewat pagi dan membincangkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan nafsu syahwat seperti bermanja-manja, memanggil pasangan dengan panggilan sayang,darling dan seumpamanya.. Setiap pasangan perlu menjaga batas-batas aurat dari segi suara, pakaian, tingkah laku dan lain-lain. Ini kerana status antara lelaki dan perempuan itu adalah ajnabi dan masih belum halal. Selain itu, dengan bercinta dapat meningkatkan prestasi kita dalam pelajaran,menjadikan diri kita lebih dekat kepada Allah, taat pada perintah Allah dan seumpamanya. Sekiranya kita mampu untuk menjaga batas-batas tersebut, maka ia dibolehkan tetapi jika tidak mampu maka lebih baik ditinggalkan daripada kita meletakkan diri kita di dalam kemurkaan Allah dan membawa diri kita kepada kancah kemaksiatan. Semuanya bergantung kepada diri sendiri, Tanya pada diri sendiri adakah mampu untuk menjaga syariat Islam? TEPUK DADA TANYA IMAN.
Bagaimanakah kita boleh katakan seseorang itu sedang bercinta?
Adakah kita tahu tanda-tandanya. Mari kita selidiki.
- Tumpu perhatian kepada seorang saja, seseorang yang menyintai Allah akan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Allah.·
-Malu kepada orang yang dicintai. Cinta kepada Allah akan membuatkan kita malu untuk melakukan maksiat kepada Allah.·
-Sentiasa mengingati orang yang dicintai dan namanya sering disebut-sebut. Hati selalu mengingati dan menyebut nama Allah..·
-Tunduk pada perintah orang yang dicintai. Cepat menunaikan perintah Allah.· Bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai.
-Bersabar kerana Allah,akan dapat pahala tanpa hisab di akhirat.·
-Mencintai tempat dan rumah kekasih . demikian orang yang cintakan Allah akan cintakan masjid dan majlis-majlis ilmu. Ini adalah tanda-tanda seseorang yang mencintai Allah dan mencintai sesama manusia. Namun cinta kepada Allah melebihi segala-galanya.
Wahai sahabat-sahabat yang sedang bercinta, janganlah terlalu mudah percaya pada pasangan kita sehingga sanggup berkorban apa sahaja dan meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada mereka , ini karena belum pasti bahawa pasangan kita itu akan menjadi suami atau isteri kita pada masa depan. Ketahuilah bahwa Allah sudah menetapkan jodoh masing-masing bagi setiap hambanya. Serahkanlah segala-galanya pada Allah. Yakinlah dengan ketentuan qada’ dan qadar dari Allah.
Mohonlah pertolongan dan perlindungan dari Allah supaya perhubungan kita diberkati dan dirahmati serta diredhai oleh Allah dan dihindari daripada segala kemaksiatan. Ingatlah sesungguhnya Allah mengetahui dan melihat setiap perkara yang kita kerjakan.
Kepada sahabat-sahabat yang belum bercinta, jangan kita merasa resah gelisah. Ingatlah Allah sudah janjikan jodoh untuk setiap hambaNya. InsyaAllah akan ketemui jua suatu hari nanti. Tidak semestinya di kampus, mungkin ditempatkan kerja. Sentiasalah berdoa agar kita dipertemukan dengan insan yang baik. Sekiranya kita baik InsyaAllah akan berjumpa dengan orang yang baik begitu juga sebaliknya, maka kita perlulah sentiasa memperbaiki diri dari sehari ke sehari. Ini adalah janji Allah kepada hambanya dan Allah tidak pernah memungkiri janji. Doa adalah senjata bagi orang yang beriman. Dengan doa akan dapat memberi kekuatan dan semangat pada kita untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sebagaimana firman Allah Taala: “mintalah kepada Ku nescaya akan Aku kabulkan.” (Al-Mukmin:60).
Firman Allah lagi: “dan kepada mereka yang yang benar berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami ( petunjuk) sesungguhnya Allah benar-benar bersama dengan orang yang berbuat baik.”(Al-Ankabut:69).
Di sini dapat kita simpulkan bahawa Islam bukan hanya mengharamkan zina bahkan mengharamkan juga perkara-perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina dengan ungkapan jangan mendekati zina jangan mendekati yang keji. Marilah kita saling nasihat menasihati agar kita di selamatkan dari kemurkaan Allah SWT, dan bekerjasama untuk membenteras kemaksiatan dan perkara – perkara yang boleh mendorong kepada kemaksiatan. Marilah kita mengamalkan cara hidup dan budaya Islam sekiranya kita mau mengobati pelbagai penyakit yang menimpa masyarakat Islam kita hari ini.WAALLAHUALAM
Rabu, 29 Oktober 2008
Salahkah Aku Mencintaimu???
Salahkah aku mencintaiMu?
tak tahu lah gimana cara menuliskannya
tapi kenapa zaman sekarang ni
susah orang untuk faham
that a simple 'no'
doesnt mean
u hate him..
a simple 'no'
doesnt mean
ur avoiding him..
it's simply mean
i did it for the sake of
LOVE
not for u my dear
it's for ALlah..
going out together
is NOT a cool thing to do..
chatting..
nah..
minum sama2?
nah..
NOT cool..
apa yang kita dapat dengan keluar bersama?
bersenang? <-- bodohnya!
berjumpa?<-- like we havent seen for years..
berbincang? <-- duh!
apa yang kita dapat dengan berbicara tak guna?
again..
bersenang, mengobrol
tanya khabar
Omong kosong
so STUPID!
apa yang kita dapat dalam satu hubungan jangka panjang?
EXTRA BAGGAGE
= DOSA BERGUNUNG!
i tot wat i want
from a relationship
is deeper love
towards HIM
to have family
who LOVE HIM
to have children
....
everything is for HIM
if ur LOVE
doesnt bring me
there..
please STEP ASIDE!
------------------------------
JAUHI LAH HUBUNGAN YANG TAK BERPENGHUJUNG!
PESANAN INI DITULIS OLEH DIRI SENDIRI
..UNTUK DIRI SENDIRI..
"Rindu tidak bertepi hanya milik ilahi
Kejayaan bukan milik hakiki tapi wasilah utk sebuah perjuangan demi AD-DIN tercinta"
Cinta kepada Allah
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun.
Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s
berada di hadapannya maka dia pun berkata,
"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s,
"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi,
"Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah,
maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa,
"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu."
Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu.
Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang
di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T,
"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."
Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar,
matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab
salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."
Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya
dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka
dia adalah orang yang tertipu.
1.Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2.Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3.Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda,"Akan datang waktunya umatku akan
mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Wallahu'alam..
*dipetik dari bicaramuslim.com
Menanti Doa Dikabulkan

MENGAPA PERMINTAANKU MASIH BELUM DIPERKENANKAN-NYA?
DOA BAGAIKAN TIDAK BERSAMBUT…
RINTIHAN DAN MUNAJAT BAGAI TIDAK KESAMPAIAN.
KARENA DIA MASIH MAU TERUS MENDENGAR RAYUAN DAN RINTIHANMU.
TAPI SAMPAI BILA?
SAMPAI ENGKAU TERIMA, BAHWA APA YANG DIINGINKAN
OLEH TUHAN ITULAH YANG TERBAIK UNTUKMU…
TAPI BUKANKAH aku LAYAK UNTUK BERDOA, DAN BUKANKAH
TUHAN SUKA HAMBA-HAMBANYA BERDOA?
YA, TAPI BERDOA DENGAN HATI YANG MERENDAH,
YANG TAHU DIRI MAHA HINA DAN LEMAH. KARENA YANG KUAT, YANG MAMPU HANYA DIA.
MAKA PADANYA KITA MEMINTA… BUKAN DOA SEORANG TUAN.
IBARAT SEORANG PESURUH ISTANA, TANPA ADAB SOPAN,
MENERJAH KE RUANG ISTANA, MEMINTA-MINTA PADA SULTAN,
MUNGKINKAH AKAN DIPERKENAN?
TAPI aku AMAT MEMERLUKAN, KERANA ITU aku MEMINTA-MINTA DAN MERAYU-RAYU…
BERDOALAH, MERAYU-RAYULAH TERUS, MERINTIH DAN ADUKANLAH
SEGALANYA YANG MENJADI KESULITAN HIDUPMU PADA DIA YANG
MAHA MENDENGAR LAGI MAHA TAHU. JADILAH SEPERTI PESAKIT YANG
MENDEDAHKAN SEGALA DERITA DAN PENYAKITNYA KEPADA DOKTOR.
URUSAN OBAT, BUKAN PESAKIT YANG MENENTUKAN, TETAPI DOKTOR.
JADI?
YANG KITA rasa PERLU UNTUK KITA, BELUM TENTU ITU
YANG TUHAN MAU UNTUK KITA. BOLEH JADI, APA YANG KITA
TIDAK SUKAI ITULAH YANG TERBAIK BUAT KITA. DAN BOLEH JADI PULA
APA YANG KITA SUKAI ITULAH YANG TIDAK BAIK BAGI KITA.
SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA PENGASIH,
SEDANGKAN KITA MAHA LEMAH LAGI JAHIL. TERIMALAH KETENTUAN
TUHAN ITU SEBAGAI SAHUTAN DARI MUNAJAT DAN DOAMU…
Sekedar renungan

Maksudnya : Jika kamu sedang solat,maka jagalah hatimu...
Jika kamu sedang makan,maka jagalah akhlaqmu...
Jika kamu di rumah seseorang,maka jagalah matamu...
Jika kamu bersama-sama dengan orang ramai,maka jagalah lisanmu...


















